28 May 2013

Punk,,,?

"Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk. Pemberontakan dan “anti-establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja."

Merujuk dari apa yang tercatat di atas, Punk ini macam satu budaya. Kalau korang nak banyak lagi maklumat boleh la mintak tolong mr Google.



Aku just nak cakap pandangan aku. Dan merapu di blog sendiri. lepas aku baca buku Pengembaraan Tanah Kusir. Mata aku terbuka untuk melihat dari sisi lain tentang Punk. ia mungkin menjadi satu budaya yang korang tak suka. Tapi lepas baca buku ni, dan mendalami sikit kisah budak-budak Punk. Aku tengok punk ini bukanlah satu bende yang terlampau negatif.

Kau punk tapi kau tak tinggal solat. Kau hormat orang.
Kau punk tapi kau minum arak, ambik dadah. Ini baru betul salah.

Lepas abis aku hadam buku ni. Aku perasan yang Punk ini satu budaya yang mana kau boleh pilih nak bawak secara baik atau buruk. Dan baru aku tau, punk merupakan pelopor arena zine.

Untuk jadi Punk, bukan ko mesti jadi kurang hajor, lupa solat, rebel semua benda.

dari apa yang aku baca dalam buku "Tragedi Pasca Hitam", ini buku antologi cerpen sebenarnya, tapi bawah tajuk Ultra-Punk, dia ada cakap.

"Punk itu murni, yang berada dalam anarki yang sejati. Dan anarki yang sejati itu cuma memiliki impian-dunia aman, tiada revolusi yang sia-sia......."

tapi kalau kau yang cari gadoh sebab mabuk-mabuk, itu aman ka?Punk ka? mungkin ini yang buat kita nampak punk itu negatif. Mungkin kerana sikap orangnya yang membawa imej buruk. Mungkin la kan?..........................

Aku merapu pasal punk, tapi aku bukan lah budak punk. Ini mungkin secebis bebelan kosong aku tentang apa yang aku lihat sebagai Punk.

Mungkin semuanya silap, tapi ini hak aku. So, suka hatilah aku mahu cakap apakan?
maaf bagi yang tak suka. 


No comments: