29 May 2013

Ilusi Dia

Dia tersenyum melihat makanan di hadapanya. Mewah juga hidangan malam ini. Air mata terharu mengalir menandakan di terlalu gembira dengan hidangan malam ini. Semua hidangan dimakan rakus. Ditelan tanpa dikunyah dahulu. Dengan sekali hadap segalanya licin. Rasa yang masuk tidak seiring dengan hidangan yang dilihat.

Saat matanya terkelip. Hidangan dihadapannya berubah. Bersisa makanan yang kotor. Dia diam dan merenung. Ini makanan yang dikutip dari tong sampah. Ahhhhhh !  Ilusinya bertahan terlalu sekejap.

Matanya sudah mula layu. Di sisinya terlihat tilam empuk beserta bantal. Matanya mahu lelap. Perlahan dia tarik selimut dan akhirnya dia lelap di atas jalan berbantalkan lengan.

Ahhhhhhh, ilusi lagi.


No comments: