14 Apr 2017

Aku sebenarnya malas nak tulis, tapi aku risau nanti kalau tak tulis. Aku lupa.

Tak ada apa pun sebenarnya, tapi aku terharu bila kawan aku berfikir sesuatu yang buat aku rasa sayu. Aku tak sangka dia akan bercakap dengan aku hal kahwin dan berkira-kira untuk ajak aku kahwin.

Kami berkawan dah lama, masuk tahun ni dah 10 tahun. Aku terharu sebab, dia kata, dia fikirkan aku yang tak ada sesiapa. Kalau nanti kahwin, aku ada dia, dapat rasa ada family balik. Sumpah aku terharu. Rupanya ada juga yang masih fikir dan kisah pasal aku. Dia kisah lagi hal aku dan adik aku.

Orang yang paling aku harapkan, dan yang pernah memberi janji. Tinggalkan aku berjuang seorang diri. Setiap malam aku menagis dan berfikir kenapa aku di tinggalkan.

Sumpah aku terharu, aku tak sangka kawan aku sanggup pikir hal kahwin, sebab dia tau kawan dia sakit dalam diam.

Orang-orang macam ni yang buat aku sedar, tuhan itu sangat baik. Dia tak pernah lupa mengirimkan penawar.

Terima kasih kawan, tapi kita masing-masing tahun, hal kahwin sangat jauh, dan hampir mustahil untuk kita.

Satu lagi yang buat aku terharu, bila ada sesetengah orang yang jumpa aku peluk dan menagis tengok aku. Terima kasih pada yang merasakan betapa deritanya aku sekarang. Perjalanan mencari kekuatan diri rupanya adalah perjalanan yang sunyi dan terlalu panjang.