27 May 2013

Gadis narsis (Skrip)

Tirai dibuka.Lampu dinyalakan. Memfokus pada seorang gadis yang terduduk di lantai. Gadis duduk sambil tertunduk melihat lantai. Sayu kedengaran latar muzik. Membangkitkan suasana sedih.


Gadis : Kenapa ia berulang lagi?
         (Dia teresak sendiri. menagis dalam nada perlahan. Suasana makin sayu)

Latar : Hahaha. Kasihan, kau ditinggalkan lelaki lagi? Itu padahnya memberi hati. Kau gadis manis , tapi
          kisah percintaan kau tidak semanis wajah.
          (Kedengaran suara itu makin kuat mentertawakan Gadis)


Gadis : Diam! Diam! Kau jangan menambahkan luka aku.
         (Gadis bangun sambil terlihat di dadanya kesan darah. Dia mundar-mandir di hadapan pentas sambil              memegang kepala. Tiba-tiba dia berhenti di tepi pentas. Lampu di fokuskan. Ada sekuntum bunga berwarna kuning cerah beserta sebuah cermin. Elok bersandar di tepi pentas. Gadis megangkat, membawa kehadapan pentas).


Latar : Kau jangan sentuh bunga itu. menjauh gadis! (Suara latar cuba menghalang dengan keras).


Gadis : Narsisus.
        (Perlahan Gadis menyebut nama bunga itu. Dia leka membelek bunga narsisus di tangan. Saat dia leka membelek, seperti ada serapan semangat baru dirasainya. Ditenung wajahnya pada cermin. Di usap perlahan. Dia tersenyum)
        Wajah semanis aku tidak seharus merasa pahit ini. Aku berjanji mahu membahagiakan diriku. Mulai               saat ini, hanya aku dan diriku.
      (Gadis bangun sambil memeluk erat tubuhnya. Muzik mula bertukar romantik. Dia leka menari dan memeluk tubuhnya. Tenggelam dalam keasyikan baru. Dia hanyut dalam tarian sendiri. Memeluk diri seperti kekasih yang tidak mahu berpisah.


Latar : Gadis narsis. (Perlahan dia berbisik kecewa).


Muzik makin perlahan rentaknya. Tirai pun mula dilabuhkan dan gadis masih leka memeluk tubuh menari perlahan.




#Cubaan pertama aku menulis dalam format skrip.
#narsistik merupakan satu penyakit mental. Pesakit akan memuja dirinya, lebih dari yang lain. Merasa dirina paling terbaik dan sangat kasih pada diri sendiri

No comments: