8 Apr 2014

meneka warna bulan

kita sering meneka warna bulan,
tanpa pernah tahu bagaimana rupa,

kerna kebiasaan tak pernah membuat kita senang,

kita belajar menjadi dua yang berbeza,

seperti bulan malam ini,
kita meneka warna berbeda,

aku katakan biru dan kau katakan ia ungu,
kita acapkali merubah jawapan,
tanpa pernah mahu mengintai bulan di atas kepala,

kita saling tidak mahu tahu jawapan sebenar,
kerna kita mahu ia lebih dari ini,
malam tak akan pernah dingin selagi kita saling mempertahankan jawapan,
untuk satu perbualan yang lebih panjang dan hangat.

6 comments:

Mia said...

bait kamu masih kegemaran :)

KuRuN said...

Terima kasih awak :)

KuRuN said...
This comment has been removed by the author.
Mia said...

jangan pernah berhenti. tahu?

AdinataGus said...

bulan adalah orang ketiga yang tak pernah melukakan sesiapa pun.

KuRuN said...

Pasti. Terima ksh awak :)