16 Dec 2013

pertama kali,

di satu ruang yang tidak jelas,
dalam serabut macam perbualan tentang tulisan-tulisan yang bagus,

aku mengemari satu susunan huruf yang aku baca,
susunan dari sepasang tangan yang asing,

tulisan tentang pelbagai lagu kecewa,
tentang hati yang dipijak,
tentang jerit perih sekeliling yang tidak kedengaran,
dan kematian yang sentiasa di biar-biar,

dan kadang,
penulisan kau menemukan aku pada sakit yang sama,

setelah kita saling menyahut salam perkenalan,
aku mengerti yang kesakitan kadang boleh dibagi-bagi rasa,
dan penantian bukanlah hal yang bijak,

mungkin kini,
aku akan lebih mengemari penulisanmu setelah mendengar merdu sumbang hidupmu,
aku mahu kau terusan menjadikan penulisan sebagi rumah meluah segala celaka dunia,
kerna aku suka melihat kamu menemukan bahagia pada nyata yang sering buat  kau sesak,

mungkin selepas ini,
kita akan menjadi dua yang saling melupa,
atau dua yang saling berpaling,
paling tidak,tulisan ini akn buat kita kembali pada titik persaman yang pernah kita bual bersama,
yang pernah kita impikan berdua,





2 comments:

MrShuk said...

Teruskan, kenal faham. Indah saat gundah, luka saat gembira. =)

KuRuN said...

Ya :)