23 Dec 2013

........(1)

seperti pagi yang berulang,
dan malam yang sentiasa gelap,

tanpa kita sedari,
kisah kita juga berulang-ulang pada sakit yang sama,
dan gelap dunia yang serupa,

selama mana kita berbicara tentang hal-hal hidup,
persamaan menemukan titiknya berulang-ulang kali,

segala yang terjadi,
segala silam yang tercarik,
dan kehidupan yang terkoyak,
menjadikan kita dua yang tidak pernah sempurna,

seperti pelangi yang menempuhi hujan,
kita temui segaris keindahan yang tuhan titipkan selepas kekecewaan,
hingga kita mampu tersenyum seperti tiada lagi sumbang dunia dalam alunan lagu kehidupan.

kini hujan damai mula perlahan-lahan meredupkan hati,
segala kelukaan dunia,
cuba cebisan kecil yang tidak mampu membuat kita kembali menagisi takdir,


sebelum dunia melarut hilang,
dan mimpi membuat kita terjaga,

aku mahu beradu sebentar di bawah sajakmu dari segala semak dunia,
moga esoknya,
kita masih mampu terjaga dalam derai tawa yang serupa

 

1 comment:

Eva Salleh said...

ketawalah selagi bisa. ha ha ha