25 Nov 2013

Satu bebelan (perbualan bukak-bukan yang tergantung)

Antara semua yang terkaku di bilik. Satu perbualan yang bukan-bukan.

Almari : Aku malu menyimpan baju-baju lusuh milik perempuan itu. Semua yang tersimpan, tiada satu pun yang mampu aku banggakan. Semuanya murah dan murah.

Cermin : Aku bangga menjadi bias pada seraut wajah luka yang menyapu segala duka sendiri. Dan kau almari, sekadar menagisi kemurahan luaran saja. Yang tersarung, bukan gambaran hati. Cuma hiasan luaran yang tiada apa-apa makna. Cuba kau selami dulu. dengari setiap kisah dari tiap lusuh dan kotoran yang tercalit. Baru kau tahu, apa yang harus di bangga , dan apa yang sekadar palsu.

Dan perbulaan pun tamat

2 comments:

manusiaekstinsi said...

almari dan cermin,aku nak jadi perabot ikea.

KuRuN said...

Perabot mahal,