Antara semua yang terkaku di bilik. Satu perbualan yang bukan-bukan.
Almari : Aku malu menyimpan baju-baju lusuh milik perempuan itu. Semua yang tersimpan, tiada satu pun yang mampu aku banggakan. Semuanya murah dan murah.
Cermin : Aku bangga menjadi bias pada seraut wajah luka yang menyapu segala duka sendiri. Dan kau almari, sekadar menagisi kemurahan luaran saja. Yang tersarung, bukan gambaran hati. Cuma hiasan luaran yang tiada apa-apa makna. Cuba kau selami dulu. dengari setiap kisah dari tiap lusuh dan kotoran yang tercalit. Baru kau tahu, apa yang harus di bangga , dan apa yang sekadar palsu.
Dan perbulaan pun tamat
25 Nov 2013
24 Nov 2013
Bebelan Kosong (perempuan dan katil)
Setelah cukup lama menahan hal-hal yang menekan. Hari ini, katil
kembali menghukum seorang perempuan yang berduka. Saat dia terlelap
menagisi setiap satu hal-hal yang tidak pernah selesai, katil memeluknya
erat. Sehari yang berlalu tanpa mimpi dan bangun.
Ketika semua sudah kembali reda. Air mata juga sudah kering, hukuman selesai. Kata katil.
"Aku mengasihanimu perempuan. Biarlah satu hari ini aku memelukmu, dan membiar kau selesa. Tidurlah kau selama mana, kerna bila kau terjaga, kau akan kembali menagisi hari-harimu perempuan luka. Biarlah satu hari lelapmu ini menjadi hari yang membebaskan kamu sekejap dari luka-luka dunia."

Antara seribu satu
Antara seribu satu yang berguguran di malam tanpa harapan,
aku menemui aku yang terjatuh sambil tangan masih cuba mengapai mimpi-mimpi suci,
aku menemui aku yang terjatuh sambil tangan masih cuba mengapai mimpi-mimpi suci,
Bebelan Kosong (Perempuan sepi dalam cakap-cakap kosong)
' Hai perempuan sepi. Kamu ini kasihan ya, hidup cuma dalam mimpi-mimpi, dan cakap-cakap kosong. Kamu umpama satu benda yang tidak dipedulikan, tidak diperlukan.'
'Perempaun kasihan. Sampai bila kau mahu menitip cebisan-cebisan harapan sama tuhan? Tak pernah penat ya kamu? atau sebenarnya. Doa kamu, masih tidak mampu menembusi langit dan sampai ketuhanmu? Kerna kamu hanya cebisan kecil yang tiada kedengaran oleh apa pun?'

"Ketahuilah cakap-cakap kosong. Mungkin cebisan mimpi aku masih betah dari menjadi nyata kerna tuhan sendiri merindui hembusan doa-doa insan sepertiku? Siapa tahu? dan kamu, berhenti menilai aku. Kamu juga seperti aku, hanya antara yang hidup dalam cebisan mimpi suci yang tak pernah benar.'
17 Nov 2013
Lukisan ( teknik )
1) Lukisan pertama, Pokok yang Berdoa. Lukisan yang menggunakan teknik Impasto. thicker than usual paint dan memerlukan thickened paint.
2) Lukisan kedua. Charcoal dan Pastel. gabungan yang serasi sebab diorang ada texture yang sama.
3) Lukisan ketiga. Acah-acah impasto. mcm tak jadi pun ada. hahahaha
5 Nov 2013
lagu kematian
dalam keramaian
satu lagu kematian kembali di putarkan,
dan semua mula berdiri membawa sebekas harapan,
dan hujan menjadi muzik latar,
mengiringi semua yang kembali ke jalan pulang,
satu lagu kematian kembali di putarkan,
dan semua mula berdiri membawa sebekas harapan,
dan hujan menjadi muzik latar,
mengiringi semua yang kembali ke jalan pulang,
aku tiada apa-apa
setiap satunya sayang,
bahuku,
mataku,
bibirku,
semua sudah milik kamu,
memikul sebeban harapan rapuh,
menagisi kebahagiaan yang lenyap,
meratib doa buat berdua,
sehingga aku tiada apa-apa buat diri,
bahuku,
mataku,
bibirku,
semua sudah milik kamu,
memikul sebeban harapan rapuh,
menagisi kebahagiaan yang lenyap,
meratib doa buat berdua,
sehingga aku tiada apa-apa buat diri,
hujan petang
hujan yang datang petang tadi,
meniggalkan sedikit kesan basah di hadapan pintu,
sebagi kenangan yang ia pernah melewati waktu,
dan sudah siap pulang ke malam,
meniggalkan sedikit kesan basah di hadapan pintu,
sebagi kenangan yang ia pernah melewati waktu,
dan sudah siap pulang ke malam,
laki-laki patah hati
setelah genap seratus hari kehilanganmu,
aku kembali ke daerah patah hati,
bersama laki-laki lainnya,
aku menanam sepi di pinggir hati mati,
meminum arak luka,
dan mabuk dalam imginasi celaka,
aku kembali ke daerah patah hati,
bersama laki-laki lainnya,
aku menanam sepi di pinggir hati mati,
meminum arak luka,
dan mabuk dalam imginasi celaka,
taman permainan cinta
setelah mengenali cinta,
aku kembali menjadi sekecil yang tak takut jatuh,
yang sentiasa gembira dalam luku-lukanya,
walau waktu sudah menjemput pulang,
aku seperti selalu,
enggan pulang ke rumah,
dan mahu terusan bergembira di taman permainan cinta,

tangan kecil
ketika kedewasaan mula mengambil ruang,
sepasang tangan kecil kehilanagan arah,
yang memimpin hilang,
tertelan waktu,
yang tinggal cuma,
tangan sendiri buat teman,
buat menenangkan sendiri,
tangisanmu ibu,
tangisanmu ibu,
aku telan dalam-dalam,
biar sampai ke hati,
biar teduh nanti sakitnya sama,
biar rasa kita nanti bersama,
aku terlalu rindu,
sinar semalam,
yang makin malap dalam kolam suci di kelopak matamu,
aku telan dalam-dalam,
biar sampai ke hati,
biar teduh nanti sakitnya sama,
biar rasa kita nanti bersama,
aku terlalu rindu,
sinar semalam,
yang makin malap dalam kolam suci di kelopak matamu,
air mata
seperti malam-malam sebelumnya,
sepasang pipi ini akan terusan bertanya,
"untuk apa iair mata ini"
dan bibir,
kekal kelu dari berkata-kata,
sepasang pipi ini akan terusan bertanya,
"untuk apa iair mata ini"
dan bibir,
kekal kelu dari berkata-kata,
masa kecil
merindui masa kecil,
adalah perkara paling sakit yg pernah aku rasa,
aku merindui,
teman dan keliling yang bahagia,
jatuh yg gembira,
luka yg tertawa,
dan tangisan yang berpujuk,
kedewasaan,
menelan terlalu banyak hal indah,
dan,
masa kecilku terlalu cepat di rampas kematangan,
kini,
aku seperti menagisi masa kecil yang sekejap,
4 Nov 2013
musim rindu
musim rindu yang tiada pernah habis,
memakan hati seorang perempun yang menanti,
di ranjang kenangan,
dia gigih mengait mimpi,
menjadi selimut malam,
sebelum kematian,
membawa tenang,
memakan hati seorang perempun yang menanti,
di ranjang kenangan,
dia gigih mengait mimpi,
menjadi selimut malam,
sebelum kematian,
membawa tenang,
pohon kenagan
bawah teduh pohon kenangan,.
seorang perempuan meratibkan rindu,
dan doa-doa semalam,
yang masih betah menemui tuhanNYa
seorang perempuan meratibkan rindu,
dan doa-doa semalam,
yang masih betah menemui tuhanNYa
terkeliru
Antara semua,
di balik perbualan-perbualan,
dalam nada yang tiada dengar,
lihat yang tak terpandang,
aku cuma jasad yg terkeliru,
di balik perbualan-perbualan,
dalam nada yang tiada dengar,
lihat yang tak terpandang,
aku cuma jasad yg terkeliru,
1 Nov 2013
perlahan-lahan
Perlahan-lahan, aku mengemari ruang yang tidak benar,
senang dengan sekadar melihat, tanpa pernah mampu bersentuhan
senang dengan sekadar melihat, tanpa pernah mampu bersentuhan
Subscribe to:
Comments (Atom)