24 Nov 2013

Bebelan Kosong (Perempuan sepi dalam cakap-cakap kosong)

' Hai perempuan sepi. Kamu ini kasihan ya, hidup cuma dalam mimpi-mimpi, dan cakap-cakap kosong. Kamu umpama satu benda yang tidak dipedulikan, tidak diperlukan.'

'Perempaun kasihan. Sampai bila kau mahu menitip cebisan-cebisan harapan sama tuhan? Tak pernah penat ya kamu? atau sebenarnya. Doa kamu, masih tidak mampu menembusi langit dan sampai ketuhanmu? Kerna kamu hanya cebisan kecil yang tiada kedengaran oleh apa pun?'




"Ketahuilah cakap-cakap kosong. Mungkin cebisan mimpi aku masih betah dari menjadi nyata kerna tuhan sendiri merindui hembusan doa-doa insan sepertiku? Siapa tahu? dan kamu, berhenti menilai aku. Kamu juga seperti aku, hanya antara yang hidup dalam cebisan mimpi suci yang tak pernah benar.'

2 comments:

manusiaekstinsi said...

apa benda lah harapan kau tu kan?aku still meneka.

KuRuN said...

hahahaha, mcm-mcm hal indah yang jadi harapan aku, sampai sekarang