25 Jan 2013

kisah 2



SIAPA AKU??
Ini kisah aku, kisah anak penjual kuih. Apa ingin aku tulis, adalh apa yang aku rasa. Sedari kecil aku sudah bisa melihat hidup dengan lebih baik, aku belajar menjadi dewasa sebelum waktu nya. Menjadi penguat buat si ibu yang sentiasa berusaha membesarkan kami. Dari awal lg aku sudah tahu bertapa susahnya mencari rezeki.
Tak akan ku lupa pada detik itu, ketika aku melawan takdir, sentiasa malas membantu si ibu. Seperti biasa, seawal pagi, sebelum manusia keluar menyahut seruan di pagi hari, aku akan di paksa bangun untuk menghantar kuih, bangun lah aku dalam keadaann separa sedar, mengayuh basikal  untuk menghantar kuih kepada pengerai. Hari itu, ya masih ku ingat, aku memg selalu malas dan suka buat tak degar apa yang ibu pesan, di sebab kn terlalu mengantuk, aq tersilap meletakkan kaki ketika ingin mahu mula mengayauh, habis semua kuih jatuh ke tanah. Aku seperti terkena renjatan eletrik, tersentak aku dari lamaun, melihat semua kuih sudah mencium tanah.
Dari dapur sudah ku dengar sayup suara ibu bertanya apa yang terjadi, tidak lama selepas itu terlihat kelibat ibu menghampiri semua kuih nya yang jatuh. Bagai nak luruh jantung ku ketikak itu, sbb ku tahu, baran ibu jangan di uji, ibu memg garang orang nya. Tapi apa yang terjadi sebalik nya, ibu ku lihat dengan perlahan mengutip kuih yang jatuh, air mata nya sudah seperti empangan mahu pecah, hanya sepatah di berkata padaku, “Sampai hati akak buat ibu macam ne, ibu penat bangun seawal tiga pagi, membuat kuih untuk mencari rezki buat anak ibu, ini balasan akak pada ibu?” aku lihat ibu barlalu.
Pada detik itu, aku mula tersedar dari lena yang panjang, hati aku sayu dan sedih, betapa besar nya pengorbanan ibu. Aku kejam kerana tidak menghargai usaha ibu, aku lupa, duit yang di cari bukan untuk nya, tapi untuk kami. Aku mula sedar, yang aku perlu berdiri dalam takdir aku sendiri, tidak separti sebelum nya, sentiasa merungut dengan perjalanan hidup sendiri. Marah dengan rezeki yang sentiasa buat aku rasa tidak cukup. Saat itu, seperti ada tangan yang menampar aku. Aku mula bangkit dan berdiri di sebelah ibu, menghulurkan segalanya demi membantu ibu.
Dan pada detik ini, ingatan aku pada saat aku mejatuh kan kuih ibu masih segar. Kalau bukan kerana pengalaman hidup yang menjadi guru buat aku, entah apa yang terjadi pada aku sekarang..












No comments: