14 Oct 2014

Sesuatu

Tuan,
Sesuatu kamu membuat aku keliru,
apakah aku ditangguhkan untuk masa depan mu,
atau sekadar sesuatu yang kau cuba matikan perlahan lahan,

Tuan,
sesuatu mu membuat aku tak nyata,
apakah aku seorang kekasih atau perempaun yang cuba kamu usir,

antara duanya aku mahu bebas,
seperti seekor burung mendapat sayap,
walau sebelah izinkan aku tuan,
untuk kembali ke langit,
lepaskan aku dari ikatan sesuatu ini.

aku mahu bebas Tuan,
aku mahu bebas.

No comments: