25 Jan 2014

Takdir

Takdir memilih kita untuk saling jatuh suka.

takdir juga memilih kita untuk berpisah di satu jalan.

di mana, aku melangkah kebelakang dan kau terus kehadapan,
ketika itu kita saling bertukaran buku,
aku mengambil buku silammu dan kau mengambil buku hadapanku,

aku mahu kau melangkah ke depan dengan lebih berani dan untuk aku bahagia itu mudah.

barangkali mencintai kenangan adalah kebahagianku, dan mencintai hadapan adalah kebahagianmu.

di persimpangan waktu,
aku mahu menjadi perempuan yang bahagia dalam doa-doanya tanpa perlu ada kamu,

jadi teruslah melangkah, agar kau temui bahagiamu dan bersiaplah memeluk harapan,
selamatlah meniduri kesedihan dan meninggalkan ia menjadi jejak semalam.

No comments: