21 Jan 2014

Rupanya sayang

Rupanya sayang,
pelukan kamu adalah tempat terselamat yang berbahaya,

dalam peluk kamu,
tangan tanganmu menjadi penjaga aku,
secara senyap ia turut memegang kemas hati,
hingga aku lemas dan hampir mati,


dan detak jantungmu,
menemukan aku pada sebuah kota sepi berlatarkan muzik kematian,
perlahan-lahan,
aku turut larut dalam kesedihan mu,


pelukan kamu malam ini sayang,
membuat aku takut jika akhirnya kau lebih memilih melepasakan dari turut sama membawa aku ke kota sepi,

sungguh,
bahayanya peluk kamu adalah ketelanjuran aku memasang angan untuk lebih lama bersama kamu,

2 comments:

AdinataGus said...

kenapa dia tidak mahu membawa kamu,mungkin bagi dia belum tiba saatnya,kamu sekadar lepaskan dia dan lihat perkembangan rutinnya.

KuRuN said...

Mungkin dia pergi dan tak kan kembali.