1 Jan 2014

hari pertama di tahun baru,

hari pertama di tahun baru,
tak pernah membawa apa-apa buat aku,
seperti tahun sebelumnya,
gurauan dunia sentiasa membuat aku kalah,

pernah sekali,
setelah sekian lama menjadi penghuni daerah sepi,
aku cuba keluar, kerna kata mereka sendiri itu sedih,

apa yang aku dapat cuma satu kesedaran tentang hakikat orang seperti aku,

sedari itu,
aku mula berhenti mempercayai cakap-cakap orang,
kerna, yang aku temui di luar,
adalah keterasingan yang lebih sakit,
menjadi yang sendiri dalam ramai,

serasanya,
daerah sepi sudah cukup buat aku menjadi seorang aku yang lebih tenang,
dan aku sekarang lebih gembira mengasingkan diri dari dunia lain yang sibuk.

1 comment: