18 Jan 2014

aku sering membayangkan

aku sering membayangkan tentang sepotong mimpi yang penamatnya tiada,
kerna di nyata memiliki kamu itu adalh perkara yang paling mustahil,

sedari itu,
aku mula belajar mencintai tanpa bercinta,


dan selepas bertahun-tahun membazirkan masa,
aku masih sama,
seorang perempuan yang hidupnya,
cuma masih dalam pelukan bayang-bayang kamu.

No comments: