7 Jan 2014

aku kembali menjadi perempuan sedar diri

selepas beberapa hari berfikir,
membuang sedikit masa pada setiap satu harapan yang mula tumbuh,

aku kembali menjadi perempuan sedar diri,
yang tahu akan hakikat hujan sebentar, turun dalam kekalutan tanpa mampu bertahan membasahkan tanah hingga melahirkan pohon-pohon harapan,

datang yang seketika aku kira sekadar satu kesilapan yang kau juga sesali,

tapi ketahuilah,
tanah yang sekering aku, pasti merasa, terkesan pada hujan panas yang sebentar,
paling tidak sudah berbekas benih harapan yang cuba bertahan dari mati,

sebagai perempuan yang sedar diri,
aku sendiri mencabut pohon itu sebelum ia meninggalkan kesan dan sakit yang lebih dalam,

biarkan saja tanah ini kering hingga kematian menamatkan hausnya.

6 comments:

alifdalmim said...

sedihnya bunyi, hahaha.

"sebagai perempuan yang sedar diri,
aku sendiri mencabut pohon itu sebelum ia meninggalkan kesan dan sakit yang lebih dalam."

KuRuN said...

Hahaha, biase la adam

hanaahmad said...

untuk hidup, kita memang harus tahu diri tapi tidak seharusnya kita menjatuhkan diri sendiri. ayo, bangkit!

KuRuN said...

Thnx kak hana :)

L said...

Kadang-2 kata-2 adalah parut yang tidak disengaja-paparkan.

KuRuN said...

Mungkin sbb kita jujur menulis