8 Dec 2013

sanggupkah kamu sayang?

sayang,
sebelum langkah kaki kita ke depan,
bersama,

aku mahu kau sedar,
aku adalah lelaki miskin yang menjual kata-kata,

aku penjual senyuman di bibir-bibir pembaca,

apakah nantinya kamu mahu sama-sama?
berjualan kata-kata usangku yang kadang dibuang-buang,

apakah kamu sanggup duduk bersebelahan denganku di tepian jalan,
hanya kerna aku dahagakan ilham dari tuhan?

apakah kamu sanggup?
bersama aku mendengar muzik-muzik sedih,
membaca lembaran-lembaran luka,
hanya kerna aku terlalu larut dalam kesedihan dunia,

sanggupkah kamu sayang
bersama penyair miskin sepertiku?
yang merasakan kegembiran adalah satu kepayahan,
yang memilih sendu sebagai santapan hidup,

sanggupkah kamu sayang?