25 Sept 2013

Setin Coke


Satu hari ketika aku sedang berjalan-jalan membuang masa yang terlalu banyak aku miliki. Aku telah membeli setin coke. Sangat nikmat sebenarnya menghirup setin coke di tengah panas.Semua orang tahu bertapa inzalnya menikmati minuman bergas ini.
Seperti selalunya, aku akan berjalan di kawasan pasar malam. Kononnya mahu melihat ragam orang. Ketika berjalan di tepi gerai air. Aku terlihat setin coke yang terlantar sayu di tengah jalan. Dengan segala hormatnya aku pun menyepak tin coke tersebut masuk ke longkang. Serentak dengan itu aku dengar satu jeritan nyaring memarahi aku.
‘Woi!. Kesian dia. Angkatlah buang elok-elok.” Terlopong aku mendengar suara separa menjerit itu. Jenuh aku pandang keliling. Mencari siapa yang memarahi aku. Semua orang mula pelik melihat aku yang terlopong di tengah jalan seorang diri.
“Kau cari siapa? Aku yang cakap la. Cuba tengok tangan kau”. Mendengar suara itu lagi. Aku hampir terjerit akibat terkejut. Aku melihat tin coke yang sudah separuh aku teguk. Aku goncang-goncang perlahan. Dan seperti tadi aku mendengar suaranya yang nyaring meminta aku berhenti.
Akibat terlalu terkejut. Aku ke tepi dan mula mencari tempat yang tak ada orang untuk berbual dengan tin coke aku sendiri. Supaya nantinya tak ada orang yang ingat aku gila bercakap seorang diri.
Aku pun bertanya perlahan padanya ketika kami sudah jauh dari orang ramai.
“Kenapa kau bercakap dengan aku? Selama ni tak pernah aku dengar kau bersuara. Kau bercakap dengan semua orang?”Laju persoalan-persoalan itu keluar dari mulut manisku (manis kesan dari air coke yang mempunyai kandungan gula yang tinggi).
“Aku tegur sebab kau sepak kawan aku. Taulah dah jadi sampah. Hormatlah sikit. Paling kurang buanglah dekat pusat kitar semula. Penat jer kerajaan buatkan pusat kitar semula. Tapi manusia masih membuang tak ikut tempat.” Mendengar kata-katanya. Berasap aku rasa. Melampau sangat tin coke merendahkan manusia. Dasar tin.
“Kau bercakap dengan semua orang?”. Tanya aku lagi. Betapa aku masih mampu bersabar dengan sikap kurang ajarnya. Mungkin kerana teruja berbual dengan setin coke. 
“Tak. Aku cuma bercakap dengan orang macam kau. Orang yang setia meneguk aku.”. Dia berkata sambil tertawa nipis dan tajam. Senang cakap. Sinis.
“Kenapa lain macam cara kau bercakap ne?” Mungkin akibat bosan. Aku terus melayan cakap dengan setin coke kurang ajar. Macam orang gila. Atau memang aku dah gila sebab terlalu bosan.
“Macam aku cakap tadi. Kau istimewa. Sangat istimewa. Walaupun ramai orang dah boikot dari minum aku sebab aku ni antara barang keluaran Israel. Kau tetap minum. Kau tetap beli aku dengan penuh setia. Sedangkan kau tahu. Duit kau akan bunuh orang islam sendiri. Baru tadi kau maki Israel. Tapi kau tetap tolong diaorang. Lawak bukan? Hahaha.” Tersembur air coke aku rasanya mendengar kenyatan yang selama ini aku biarkan saja. Tak pernah aku fikirkan semua ini. Merah padam muka aku menahan malu dan marah. Tanpa menunggu lama aku pergi tinggalkan tin coke separuh teguk di tepi jalan. Ini kali terakhir aku minum air coke. Aku janji. Dari jauh aku dengar dia menjerit.
“Dasar manusia. Bukan tahu buang sampah elok-elok. Tak tahu meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Dan aku makin laju berjalan menjauh setin coke puaka.

p/s: tetiba aku yang menulis ne terasa. hahahha

No comments: