24 Jul 2013

Tempat yang aku kurang gemar

melewati kedewasaan aku,
ada tempat aku kurang gemar,

aku hadap luka,
duka,
dah hal-hal yang bikin aku separuh gila,
sampai ada ketika aku hampir pitam di hadapan pintunya,

tempat di mana aku dengar perkhabaran pilu,
bisik-bisik hakikat yang memekak sampai aku mahu pekak

tempat itu ajar aku untuk menjadi si kecil yang tahu guna tangan sendiri,
sapu air mata,
bikin aku kenal pada senyum palsu (supaya di lihat kuat),

di situ aku belajar menjadi tabah di hadapan ibu,
memujuk ibu sepertinya aku sudah kalis pada luka dan duka,

tempat di mana, kehilangan aku terima,
dan kesakitan di campak berulang-ulang kali,

-Hospital




No comments: