24 Jul 2013

Lelaki itu

Lelaki itu,
sudah mula gila sama lukisan-lukisan nya,

lakaran wajah mu,
tiada pernah habis,
kerna katanya, kau lukisan tuhan yang terlalu indah,



Lelaki itu
Sudah mula memegang pena,

kau di puja dalam tiap bait kata,
di susun seindahnya,
di hirup manis mu menjadi nukilan sang pecinta,
kerna katanya , kau adalah kecantikan yang punya sejuta misteri dunia,
dia mahu rungkai,
agar keliling mu tahu kau punya iras bidadari syurga

No comments: