15 Jun 2013

si Pungguk dan si Bulan #2

Berkisar tentang kisah si Pungguk dan si Bulan,

betapa si Pungguk sanggup menjadi bodo kerana cinta,
Mengharap balasan dari kesetiaan,
kesetiaan yang tiada ragu,
di tiap malamnya dia menanti,
menjadi si setia yang di bodohkan cinta,

betapa si Bulan kekal dengan ego,
sentiasa di atas,

atau mungkin,
Bulan setia pada tugsnya,
Menjadi penyeri mlam,
buat peneman mimpi-mimpi suram kita,

Apa pun,
kisah mereka masih sama,
bercerita tentang,
pengharapan terhadap sesuatau yang mustahil,
menjadikn kisah ini kisah percintaan yang setia tanpa balasan,
tiada bersatu

Tapi,
jika bulan membalas,
pasti malam kini tiada penyeri lagi.
kerna bulan sudah rebah dalam pelukan pungguk yang setia

No comments: