26 Jun 2013

“Setiap perempuan ada pisau di belakangnya”.




“Setiap perempuan ada pisau di belakangnya”.

Kata-kata itu yang adik aku keluarkan pada waktu kami tengah tonton cerita ‘Pisau Cukur’.

Aku pun pandang adik aku dan mintak penjelasan selanjutnya. Adik aku pun ulangkan lagi kata-kata yang sama. Bila adik aku tengok aku buat muka blurr dan tidak paham. Dia ambik kayu penggaru belakang yang emak selalu guna,

 Di tekan dekat tangan aku dan buat gaya mahu cukur, sambil tu dia cakap.

“Cuba kau tengok, inilah maksud aku. Setiap perempuan ada pisau macam ne”. sambil tanganya menunjuk pada kayu tadi.
“Tapi setiap perempuan menyimpan pisau mereka di belakang dan masih tumpul. Mereka akan mengasah pisau ini bila terdesak. Bila tertekan, diaorang akan jadi macam cerita yang kita tengah tengok ne”.

Aku terdiam dan aku terfikir, betul juga kata-kata adik aku ne. Bila terdesak ada antara kita terpaksa melalukakan sesuatu yang tersimpan jauh dalam diri ( benda yang tak elok).

“aku ada pisau tajam tak?” Tanya aku.

“Kau mana ada pisau tajam, kau nak cukur duit sapa?” Balas adik. 

Last-last aku terdiam dan tergelak sorang-sorang dan kiteorang sambung balik melihat cerita ‘Pisau Cukur’.
“Setiap permpuan ada pisau di belakangnya”

No comments: