21 Jun 2013

Gadis berbaju merah bunga kecil

Jika kau ketemu gadis berbaju merah,
bunga kecil dengan beg galas besar,
jangan dihalang dia,
Dia sedang mencari jalan kelangit infiniti,

di dalam beg galasnya,
tersimpan sejuta impian,
beserta mimpi-mimpi semalam,
jika kalian tahu jalan,
sila tunjukkan arah,
sebelum dia berputus asa

No comments: