5 Feb 2013

kisah 3

 jiran dan dapur

Pagi yang tipikal, anak dara yang dh layak kawin ne pun mcm biasa lah, bangun pagi, cuci muka, tak payah gosok gigi. macam biasa, rumah perlu di kemas sebelum jam 12 tgh hari, sebelum big boss balik semua pelusuk harus kemas, agar tiada yg di basuh pada jam atas 12 tgh hari.

Dapur adalah tempat yang paling penting untuk di kemas, nti big boss nk masak? macam mane. kalau dh kat dapur ne, dengar lah suara makcik-makcik yang duduk lepak bersembang, menghabiskan pagi sebelum beraksi di dapur untuk tugasan selanjutnnya. 

Daripada apa yang aku dengar, topik pagi ne pasal kejayaan anak-anak mereka. Kecoh semua, mahu buktikan anak mereka paling terbaik, paling berjaya. Bila semua dh tak ada modal, mulalah suara di perlahan kan, sesi mengumpat di buka. Yang jd sasaran, anak big boss.

 Diorang mula berbisik-bisik mempertikaikan masa depan anak big boss yang hanya di rumah, tiada berlajar, tiada kerja dan tiada orang masuk meminang. Aku dah mula panas, aku laga kan pinggan kuat-kaut ketika membasuh, aku kuatkan suara sumbang ku mendendangkan lagu-lagu bodoh. Ini isyarat, tanda aku ada di dapur. Tanda kalian harus berhenti dari mengangu hidup aku, mempertikaikan apa aku buat. tak lama, sekejap sahaja, aku tegok mereka mula bersurai, sudah sedara akan aku di dapar.

Siap tugasan, dapur sudah kembali tenang tanpa suara sumbang jiran-jiran. mereka harus nya berterima kasih pada aku, kerana aku halang mereka menambah dosa, mengumpat aku yang baik ne, hehehehe.


No comments: